PERANCANGAN UNTUK MENJADI GURU YANG BERFALSAFAH DAN BAGAIMANA SAYA AKAN MENCAPAI IMPIAN TERSEBUT

 Assalamualaikum dan hai semua ๐Ÿ˜‹ kalau anda dah sampai di post ini, bermakna ini merupakan post yang terakhir di dalam karya philosophia.

 Semoga semua berada di dalam keadaan yang sihat ye ๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“ walaupun negara Malaysia kita sekarang masih belum menang untuk membasmi wabak Covid-19 ini.. sama-sama kita bekerjasama untuk menentang wabak ini. Jangan lupa untuk memakai pelitup muka ketika berada di luar tau, elakkan berada di kawasan yang sesak dan yang paling penting sentiasa membersihkan diri kita untuk mengelak dari dijangkiti virus

Okay untuk topik 3 ini apa yang akan saya ceritakan adalah: 

1) What is your plan to become a teacher with strong philosophy?

2) How do you think you can achieve becoming one?



Jadi marilah kita mulakan penulisan untuk topik ini ..

Okay terlebih dahulu perancangan pengajaran ini amat penting dirancang oleh setiap manusia yang bergelar guru kerana mereka bertanggungjawab untuk membimbing dan membantu para pelajar untuk menuntut ilmu. Oleh itu, guru perlu melakukan strategi pengajaran yang kreatif untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Sebagai guru, mereka mestilah mengetahui gaya pembelajaran setiap pelajarnya supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan suasana yang aktif di dalam kelas.

Baiklah semua.. seperti mana yang kita tahu,aliran falsafah terbahagi kepada dua iaitu Falsafah Islam dan Falsafah Barat. Di sini saya nak fokuskan kepada Falsafah Barat, ianya mempunyai beberapa aliran iaitu ;

·         Tradisional -Idealisme

                    -Realisme

                     

·         Moden -Pragmatisme

              -Eksistensialisme

1)Apakah perancangan saya untuk menjadi seorang guru yang memegang kuat pada prinsip falsafah?

Bagi menjawab persoalan di atas, perancangan saya adalah berdasarkan prinsip aliran Realisme dan Pragmatisme. Berdasarkan aliran realisme, saya akan menyiapkan dan menyampaikan informasi tentang garis panduan pembelajaran yang akan diajar atau lebih dikenali sebagai RPP pembelajaran supaya para pelajar mendapat input dan hasil yang akan diperolehi oleh mereka setelah mempelajari tentang sesuatu subjek itu. Selain itu, saya juga harus membuat ulang kaji pelajaran yang akan diajar  sebelum memulakan kelas agar aktiviti pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan mudah difahami oleh pelajar kerana secara epistemologinya, pelajar hanya bergantung kepada apa yang mereka pelajari. Oleh itu, saya yang akan menjadi seorang guru bertanggungjawab ke atas para pelajar dalam membimbing mereka di dalam pendidikan.

Selain itu, saya akan memberi gaya pengajaran yang “scientifically proven”. Bagaimana cara pengajaran tersebut dapat terhasil? Baiklah begini caranya.. selain memberi pengajaran secara teori, saya akan menggunakan bahan pengajaran secara visual seperti gambar dan video sebagai bukti pengajaran yang dilakukan. Ini dapat mengukuhkan lagi kefahaman para pelajar tentang sesuatu pelajaran yang mereka belajar. Bahan pengajaran secara visual ini dapat membuka mata pelajar tentang sesuatu subjek berbanding pengajaran yang secara teori sahaja. Pengajaran seperti ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana di dalam kelas menjadi lebih aktif.



Seterusnya, perancangan saya untuk menjadi seorang guru yang berfalsafah adalah saya akan bersifat tegas dan menepati masa setiap kali kelas akan bermula. Sifat yang akan ditunjukkan oleh saya ini akan membentuk keperibadian para pelajar untuk lebih berdisiplin dan sentiasa bersedia untuk memulakan pembelajaran.



Okay semua, ini pula perancangan saya untuk menjadi seorang guru berfalsafah berdasarkan aliran pragmatisme. Gaya pengajaran yang akan dilakukan oleh saya ialah saya akan melakukan pengajaran secara “hands on” atau praktikal kerana selain pelajar dapat mudah memahami tentang sesuatu mata pelajaran tersebut, mereka juga memperolehi pengalaman untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka pelajari. Saya juga akan mewujudkan pengajaran secara praktikal yang melibatkan kerja berkumpulan kerana ianya dapat membantu pelajar untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain.



Di samping itu, bagi menarik minat pelajar untuk menuntut ilmu, saya akan melakukan gaya pengajaran yang mengikut trend semasa. Sepertimana yang kita tahu pada zaman sekarang, teknologi digital semakin banyak digunakan di dalam sektor pendidikan bagi memudahkan urusan guru dan pelajar. Saya akan memberikan gaya pembelajaran elektronik atau dikenali sebagai e-pembelajaran dimana pelajar akan memperolehi modul e-pembelajaran melalui CD atau internet yang mengandungi elemen-elemen animasi,permainan, teks dan grafik yang membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih menyeronokkan.



 

2) Bagaimana saya dapat mencapai salah satu darinya?

Baiklah semua.. menjawab persoalan yang kedua ini . Bagi mencapai salah satu daripada perancangan yang saya lakukan untuk menjadi seorang guru yang memegang kuat pada prinsip falsafah, saya harus mempraktikkan perancangan yang ingin dilakukan oleh saya bermula dari sekarang. Tidak menjadi masalah kepada diri saya kerana saya juga merupakan seorang pelajar yang lebih cenderung dengan pembelajaran menggunakan aliran falsafah realisme dan pragmatisme. Saya akan mengaplikasikan pembelajaran ini untuk perancangan saya yang bakal menjadi seorang guru yang berfalsafah.

Kesimpulannya, saya berharap dapat mencapai segala perancangan yang dilakukan oleh saya untuk menjadi seorang guru yang berfalsafah bagi memperkembangkan potensi generasi muda yang dapat memberi sumbangan kepada diri,ibu bapa, masyarakat dan negara. Selain itu, saya juga perlu seimbang  dari aspek JERI dan juga patuh dan percaya kepada tuhan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.    






Dikesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada Dr Nur Sofurah yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang semester pertama ini. Thankyou so much Dr. Soft.. We all love you ๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“Semoga bertemu lagi di sem yang akan datang.. byebye ๐Ÿ‘‹
  

    
 



Comments