SIAPAKAH GURU YANG TERBAIK PERNAH SAYA KENAL DAN APAKAH KUALITI BERKAITAN DENGAN FALSAFAH YANG MEMBUATKAN BELIAU MERUPAKAN GURU YANG TERBAIK

Assalamualaikum dan hi semua😀saya doakan anda semua berada dalam keadaan yang sihat ye.Okay untuk post kali ni saya akan bercerita tentang guru yang menjadi idola saya dan apakah ciri-ciri falsafah yang beliau terapkan di dalam pengajaran... So here we go 💪


 Guru yang terbaik yang pernah saya kenal ialah Ts. Dr. Tee Tze Kiong yang merupakan pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kenapa saya memilih Ts. Dr. Tee Tze Kiong ialah kerana beliau memiliki beberapa ciri-ciri seorang pendidik yang berfalsafah ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Antara ciri-ciri falsafah yang diterapkan oleh beliau yang dapat diketahui oleh saya ialah dari segi aliran falsafah Idealisme dan Pragmatisme. Dari segi aliran Idealisme, beliau menekankan dan memberi perhatian kepada pelajar untuk sentiasa berfikir untuk mewujudkan sesuatu idea atau menyelesaikan sesuatu masalah ketika pembelajaran dan secara tidak langsung beliau telah melakukan latihan akal kepada pelajar dengan berfikir. Selain itu, beliau juga menghormati agama setiap pelajar masing-masing seperti membaca doa bagi agama Islam dan bertafakur untuk agama yang lain sebelum dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi epistemologi, beliau mengajar para pelajar untuk cuba dan terus mencuba sesuatu masalah yang berlaku untuk mewujudkan sesuatu idea. Selain itu, beliau telah memberitahu kepada pelajar untuk sering bertanya tentang sesuatu yang tidak difahami supaya beliau dapat menceritakan walaupun berulang kali sehingga para pelajar dapat faham.

Dari segi aliran falsafah Pragmatisme pula, beliau menggunakan pengalaman dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau akan berkongsi tentang pengalaman yang dihadapi terhadap sesuatu masalah yang berlaku ataupun beliau bertanya kepada pelajar tentang sesuatu masalah yang pernah dihadapi dan pengalaman mengatasi masalah tersebut. Melalui epistemologi, beliau kurang menggunakan "slide powerpoint" sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kerana ianya akan membosankan dan sukar untuk difahami oleh para pelajar. Sebaliknya, beliau lebih kerap untuk berinteraksi sesama pelajar ketika kelas berlangsung dan memberi ruang kepada pelajar untuk melakukan perbincangan berkumpulan, ianya akan lebih mudah difahami oleh para pelajar dan suasana di dalam kelas juga tidak bosan.

Berdasarkan beberapa ciri-ciri falsafah yang diterapkan oleh beliau, saya mengakui beliau merupakan guru yang terbaik pernah saya kenal dan saya boleh mengambil contoh daripada beliau untuk menjadi seorang bakal pendidik yang berfalsafah di masa hadapan. Semoga dipermudahkan, aamiin .. 😄 

Comments