SIAPAKAH GURU YANG TERBAIK PERNAH SAYA KENAL DAN APAKAH KUALITI BERKAITAN DENGAN FALSAFAH YANG MEMBUATKAN BELIAU MERUPAKAN GURU YANG TERBAIK

Assalamualaikum dan hi semua😀saya doakan anda semua berada dalam keadaan yang sihat ye.Okay untuk post kali ni saya akan bercerita tentang guru yang menjadi idola saya dan apakah ciri-ciri falsafah yang beliau terapkan di dalam pengajaran... So here we go 💪 Guru yang terbaik yang pernah saya kenal ialah Ts. Dr. Tee Tze Kiong yang merupakan pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kenapa saya memilih Ts. Dr. Tee Tze Kiong ialah kerana beliau memiliki beberapa ciri-ciri seorang pendidik yang berfalsafah ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara ciri-ciri falsafah yang diterapkan oleh beliau yang dapat diketahui oleh saya ialah dari segi aliran falsafah Idealisme dan Pragmatisme. Dari segi aliran Idealisme, beliau menekankan dan memberi perhatian kepada pelajar untuk sentiasa berfikir untuk mewujudkan sesuatu idea atau menyelesaikan sesuatu masalah ketika pembelajaran dan secara tidak langsung beliau telah melakukan latihan akal kepada pelajar dengan be...