MENGAPA SAYA HENDAK MENJADI SEORANG GURU/PENDIDIK ? BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGUBAH PANDANGAN SAYA TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN
Hai semua 👋bertemu lagi kita di post yang seterusnya.. jadi di post ini saya akan menceritakan mengapa saya hendak menjadi seorang guru dan bagaimana saya akan mengubah pandangan saya terhadap falsafah..so lets go!!
Saya memilih untuk menjadi seorang guru/pendidik kerana ianya merupakan satu pekerjaan yang akan membantu dan membentuk generasi muda ke arah mencapai masa depan mereka yang cerah dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia kerana generasi muda merupakan harapan negara pada masa akan datang dari pelbagai sektor seperti pentadbiran dan ekonomi. Disebabkan itu, saya yang merupakan bakal seorang guru/pendidik perlu menjalankan tanggugjawab ini dengan penuh amanah. Selain itu, menjadi seorang guru/pendidik ini, secara tidak langsung kita akan menjadi contoh kepada para pelajar dan sekiranya kita menunjukkan perihal yang baik kepada mereka, diri kita akan dikenang dan diingati oleh pelajar walaupun mereka sudah bekerjaya dan mempunyai keluarga dan panggilan "cikgu" kepada kita sentiasa melekat di mulut mereka walaupun sudah dewasa😄.
Pandangan saya terhadap falsafah pendidikan ialah sebagai guru kita janganlah menganggap ianya merupakan pekerjaan yang biasa sahaja seperti bangun pagi pergi ke kerja dan pulang petang dan ulanginya pada setiap hari tanpa memberi impak kepada diri kita dan orang lain. Untuk menjadi seorang guru yang berfalsafah, kita mestilah mengambil berat tentang kemajuan para pelajar, mempunyai tanngungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, rakan sejawat dan negara.
Dari segi tanggungjawab terhadap pelajar, kita mestilah memelihara kebajikan dan keselamatan mereka. Manakala tanggungjawab terhadap ibu bapa, kita harus menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, kita perlulah menunjukkan tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat. Seterusnya, sebagai guru kita sentiasa bersedia membantu rakan sejawat guru kita sekiranya mereka mempunyai sesuatu masalah kerana ia merupakan tanggungjawab guru terhadap rakan sejawab.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru ini, kita perlu mempunyai falsafah di dalam diri kerana guru akan memainkan peranan yang amat penting bukan sahaja kepada generasi muda, tetapi kepada masyarakat dan kemajuan negara💗
Comments
Post a Comment