MENGAPA SAYA HENDAK MENJADI SEORANG GURU/PENDIDIK ? BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGUBAH PANDANGAN SAYA TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN

Hai semua đŸ‘‹bertemu lagi kita di post yang seterusnya.. jadi di post ini saya akan menceritakan mengapa saya hendak menjadi seorang guru dan bagaimana saya akan mengubah pandangan saya terhadap falsafah..so lets go!! Saya memilih untuk menjadi seorang guru/pendidik kerana ianya merupakan satu pekerjaan yang akan membantu dan membentuk generasi muda ke arah mencapai masa depan mereka yang cerah dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia kerana generasi muda merupakan harapan negara pada masa akan datang dari pelbagai sektor seperti pentadbiran dan ekonomi. Disebabkan itu, saya yang merupakan bakal seorang guru/pendidik perlu menjalankan tanggugjawab ini dengan penuh amanah. Selain itu, menjadi seorang guru/pendidik ini, secara tidak langsung kita akan menjadi contoh kepada para pelajar dan sekiranya kita menunjukkan perihal yang baik kepada mereka, diri kita akan dikenang dan diingati oleh pelajar walaupun mereka sudah bekerjaya dan mempunyai keluarga dan panggilan ...