LATARBELAKANG DIRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, terima kasih sebab meluangkan masa anda semua di blog saya walaupun sekejap, saya sangat hargai 😍 Jadi sebagai permulaan "journey" di dalam blog saya ini, terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya ye, nama saya Zarul Ikhmal Fahmi bin Ahmad Firdaus, berumur 23 tahun dan negeri kelahiran terletak di Kedah. Saya merupakan mahasiswa daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana Muda dengan mengambil kursus Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV) Penyejukbekuan & Penyaman udara. Saya merupakan anak kedua daripada 6 adik-beradik di dalam keluarga saya.Bercerita tentang cita-cita, pada mulanya cita-cita saya bukanlah untuk menjadi seorang pendidik, tetapi bila difikirkan balik, menjadi seorang pendidik atau guru merupakan satu pekerjaan yang mulia kerana tugas seorang pendidik bukanlah hanya sekadar mengajar, tetapi membimbing seseorang pelajar itu untuk membentuk masa depan mereka yang cerah. Jadi saya mencabar diri saya untuk menjadi seorang pendidik untuk membimbing generasi muda yang akan datang💓 Di dalam blog ini saya akan bercerita tentang haluan untuk menjadi seorang guru yang berfalsafah. So stay tuned for more content😀 Thankyou!
Comments
Post a Comment